Syarat & Tempahan

A. CARA MEMBUAT TEMPAHAN

1. No untuk dihubungi
     i.  019-6699179 (Nasarudin)
    ii.  012-2637029 (Roslan)

2. Sila maklumkan maklumat diri dan tetapkan tarikh tempahan (tarikh masuk dan keluar)

3. Deposit tempahan diperlukan bagi mengesahkan tempahan. 

4 Deposit tempahan adalah 50% mengikut jumlah hari yang anda tempah (nombor akaun akan diberi melalui sms).

5. Setelah deposit dibuat, sila SMS butiran seperti berikut:
  • Nama & no. IC
  • Tarikh tempahan - masuk dan keluar
  • Masa dan tarikh deposit dibuat

6. Sekiranya terdapat pembatalan atau masalah sila beritahu pihak kami dengan kadar segera sebelum tarikh penginapan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

7. Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dilakukan kurang dari 5 hari dari tarikh tempahan.

8. Baki pembayaran mestilah dibuat pada hari anda menerima kunci semasa DAFTAR MASUK di Azah homestay dan bayaran perlu dijelaskan secara TUNAI sahaja.Resit pembayaran akan diberi. 

B. CHECK-IN / CHECK-OUT

1. Masa "Check-in" ialah 2:00pm dan masa "Check-out" ialah 12"00  pm;

2. Sekiranya pada hari sebelum tidak ada tempahan, masa check-in boleh diawalkan mengikut  persetujuan.

3. Sila maklumkan terlebih dahulu jika anda perlu untuk check-in awal bagi menjamin kelancaran urusan.

4.  Permintaan untuk check-out lewat selepas 12:00pm tidak lagi dapat dibenarkan kerana akan menyebabkan gangguan kepada pelawat yang akan masuk kemudian.

5. Diharap  anda dapat merancang perjalanan anda dengan baik untuk menjamin kelancaran urusan.


C. SYARAT-SYARAT LAIN YANG PERLU DIPATUHI

 1.  Penyewaan adalah untuk sebuah rumah. MUSLIM sahaja.

 2. Tidak dibenarkan percampuran lelaki dan perempuan yang tiada hubungan kekeluargaan atau mahram untuk menyewa.

 3. Sekiranya berkumpulan mestilah sama gender samada lelaki sahaja atau perempuan sahaja.

 4. Makanan dan minuman yang HALAL sahaja dibenarkan dibawa masuk ke tempat penginapan.  Barang-barang terlarang seperti minuman beralkohol (arak), dadah dan sebagainya adalah tidak dibenarkan.

PERHATIAN:  Syarat (C: 2,3 dan 4) diatas adalah wajib dipatuhi untuk menyewa dan Pemilik Rumah berhak  untuk membatalkan penyewaan serta-merta jika didapati ada pelanggaran. Jika didapati ada keraguan, pihak kami berhak meminta anda untuk mengemukakan kad pengenalan, surat nikah atau bukti pertalian persaudaraan yang mahram. Harap maklum.

 5. Menghormati kawasan kejiranan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sehingga mengganggu jiran-jiran. Terutamanya apabila telah larut malam.

 6. Bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan semasa  menginap disini. Pastikan pintu dan tingkap dikunci semasa anda tidur atau keluar.

 7. Penghuni diharap dapat memastikan  semua suis termasuk  kipas / lampu /aircond ditutup sekiranya tidak digunakan atau setiap kali apabila keluar meninggalkan homestay.

 8. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.

9. Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay ini.

10. Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan. 

11. Bagi tujuan keselamatan merokok adalah di larang semasa anda berada di dalam bilik.

12. Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.

13. Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.